I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, October 31, 2011

Forces



What force do you use when you fly your kites?  Think about it!

Is it a push or a pull?

What about this?


Yes, it's a pull!

Is there any other activities that involve a pull force?

Of course, see, there're few examples here!
















Fishing involves a pull 
when we pull the 
fishing rod....







Poor the old man trying his best to pull the cart....











 
Can you think of other daily activities that need a pull?

Saturday, October 29, 2011

Flowering Plants


Life Cycle of a Flowering Plant

The life of a flowering plant has a cycle like pattern. Flowers come from seeds, and they create seeds too. Each different part of a plant has a unique purpose.

These are the main parts of a flower.



Flowering plants go through the following life cycle.


 


How seeds are made
 
1.   Pollen is carried by insects or blown by the wind from one flower to another. This process is called pollination.
2.   Pollen reaches the carpel of the new flower, where it fertilizes egg cells in the ovary to make seeds. This process is called fertilization.
3.   The seeds are scattered by animals or the wind. This process is called dispersal. Some of the seeds will grow into new plants.


 

Thursday, October 27, 2011

Teknik Penyoalan


Garis Panduan Tentang Penyoalan Dalam Bilik Darjah
Langkah 1 : Ajukan Soalan Kepada Seluruh Kelas
  • Dahului penyoalan dengan pemberitahuan peraturan menjawab. Umpamanya murid seharusnya hulurkan tangan sekiranya ingin menjawab tanpa menjeritkan jawapan, guru akan memanggil murid yang tidak membuat bising atau kerap menyahut ‘Cikgu, panggil saya, saya....’
  • Tujukan soalan kepada keseluruhan murid dan elakkan memilih murid tertentu sebelum mengajukan soalan.  ‘Murid-murid, siapa boleh beritahu cikgu, apakah benda-benda yang diperlukan untuk membaiki sebuah basikal?’
  • Nyatakan soalan dengan tepat dan seberapa boleh menggunakan ayat yang pendek.  ‘Apakah yang kamu faham tentang benda hidup?’
  • Elakkan soalan yang jawapannya sudah jelas atau jawapan hanya’Ya/Tidak’ (soalan tertutup).
  • Seimbangkan penggunaan pelbagai jenis soalan.  Soalan tahap rendah seperti tahap pengetahuan dan pemahaman menggalakkan penyertaan lebih ramai murid manakala soalan tahap tinggi seperti aplikasi, analisis, sintesis dan menilai membina kemahiran berfikir serta meningkatkan kefahaman.
  • Setarakan soalan mengikut kebolehan murid supaya murid berasa seronok apabila mampu menjawabnya dan seterusnya lebih bersemangat untuk melibatkan diri dalam pembelajaran secara aktif.
  • Ajukan soalan dengan cara yang tidak mengancam.  Cara yang mengancam seperti ‘Cikgu akan merotan sekiranya jawapan kamu salah’ atau ‘Cikgu akan mendenda murid yang tidak memberi jawapan’ boleh menyebabkan murid mempunyai perasaan takut atau negatif setiap kali guru bertanya soalan dan seterusnya mengehadkan respon yang diperolehi.


Langkah 2 : Beri Masa Berfikir yang sesuai
  • Masa berfikir seharusnya diberi selepas soalan diajukan dan sebelum guru memberi respon kepada jawapan murid.
  • Masa berfikir yang sesuai adalah bergantung kepada jenis dan tahap soalan yang diaju.  3 hingga 5 minit diberi untuk soalan dari tahap rendah, contohnya ‘Bagaimana hujan berlaku?’  Masa yang lebih panjang diperlukan untuk soalan dari tahap tinggi.  Ada kemungkinan masa yang diberi bukan sahaja lebih panjang bahkan murid juga diberi peluang berbincang dalam kumpulan untuk meningkatkan kemahiran analitik serta menyelesaikan masalah yang dikemukakan oleh guru seperti ‘Murid-murid, sila bincangkan kebaikan-kebaikan menonton televisyen.’

Langkah 3 : Pilih Murid Untuk Menjawab
  • Pilih murid yang hendak menjawab secara sukarela dan sebaliknya.  Pemilihan murid secara rawak boleh mengekalkan perhatian murid sepanjang sesi soal-jawab.  Guru dinasihati supaya jangan memilih kasih atau selalu memilih murid yang tertentu sahaja.
  • Panggil nama murid tertentu dan murid-murid lain dilarang menyahut jawapan secara terbuka.
  • Ingatkan murid tentang peraturan menjawab soalan yang dinyatakan sebelum itu.

Langkah 4 : Beri Respon Yang Bersesuaian Kepada Jawapan Murid
  • Pastikan murid lain memberi perhatian kepada jawapan murid dengan memberitahu murid bahawa guru akan menyuruh murid mengulang balik apa yang disebut oleh kawannya.
  • Beri respon atau reaksi tanpa mengatakan ‘Salah’ atau ‘Betul’.  Cuba membimbing murid menggunakan ayat yang berbeza.  Beri peneguhan positif sekiranya murid memberikan jawapan yang tepat seperti ‘Bagus, jawapan kamu tepat sekali.’, ‘Good try!’ dan sebagainya.
  • Jika jawapannya salah, kenalpasti bahagian yang betul serta tanya lebih lanjut untuk mendapatkan penjelasan atau minta jawapan alternatif daripada murid lain.
  • Beri galakan, isyarat atau klu untuk membimbing murid memikirkan jawapan yang tepat.
  • Tanya lebih lanjut bagi mendapatkan penjelasan tentang idea murid, mencabar murid dan seterusnya menggalakkan pemikiran tahap tinggi.  Guru boleh menyoalkan ‘Mengapa?’, ‘Bagaimana kamu tahu?’, ‘Boleh terangkan lebih lanjut?’, ‘Apakah buktinya?’ dan sebagainya.
  • Tujukan soalan yang sama kepada murid lain sebelum menerima sesuatu jawapan  atau tujukan soalan lain yang berkaitan yang dibangkitkan murid kepada murid lain.
  • Kaitkan semua jawapan dan idea murid untuk membantu murid membuat satu kesimpulan .

Langkah 5 : Beri Penekanan atau Membuat Ringkasan Jawapan
  • Nyatakan semula tujuan atau soalan utama selepas sesi soal-jawap yang panjang diikuti dengan jawapan tepat atau jawapan yang boleh diterima.
  • Langkah ini tidak diperlukan sekiranya penyoalan bersifat mencungkil idea atau pendapat murid.  Guru boleh meminta murid menjalankan penyiasatan bagi mendapatkan jawapannya sekiranya guru menggunakan kaedah Inkuiri Penemuan.

Tuesday, October 18, 2011

Kemahiran Teknik Mikro Pengajaran

Teknik Penyoalan dalam Proses Mikro Pengajaran
Teknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan. Pemilihan teknik ini dalam pengajaran dan pembelajaran dapat melahirkan interaksi antara guru dan pelajar secara berkesan. Di samping itu, ia dapat dijadikan teras kepada pembinaan konsep-konsep, kesanggupan memberi pernyataan dan melahirkan perasaan, penglibatan dan kepercayaan diri sendiri di kalangan pelajar. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindak balas yang sewajarnya. Kejayaan penggunaan teknik ini dalam sesuatu sesi P&P bergantung kepada kebolehan seseorang guru untuk menguasai teknik menyoal.
Menyoal atau bersoal jawab sering menimbulkan masalah kepada pelajar-pelajar sama ada dalam sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Apabila pelajar ditanya sama ada mereka mempunyai soalan atau tidak, mereka akan berdiam diri atau memberitahu tidak mempunyai soalan. Adakah benar pelajar-pelajar tidak mempunyai soalan untuk ditanya tidaklah dapat dipastikan.  Salah satu perkara yang penting ketika berkomunikasi ialah aktiviti bertanya dan menyoal. Kemahiran bertanya dan menyoal bukan sekadar untuk kita mendapatkan sesuatu maklumat tetapi dapat membantu kita membina iklim komunikasi yang positif dan memupuk sikap saling memahami dan bekerjasama.
Secara umumnya teknik menyoal merupakan teknik yang penting dalam aktiviti pengajaran guru kerana hampir kesemua proses P&P melibatkan teknik penyoalan.

 
Tujuan penggunaan Teknik Penyoalan
Soalan-soalan boleh digunakan untuk melihat keupayaan pelajar memahami sesuatu isi pelajaran, untuk mengalih perhatian pelajar daripada satu fakta kepada satu fakta yang lain, untuk menegaskan kepentingan isi dengan memberikan penekanan kepadanya, untuk mengarah pelajar ke hala yang betul dan sebagainya. Walau bagaimanapun, penggunaannya yang paling bernilai adalah untuk mencerna pemikiran. Ini kerana soalan-soalan dikemukakan untuk menganalisis, mensintesis dan menilai kemahiran dan menyediakan latihan untuk pelajar berkomunikasi. Tujuan utama penggunaan teknik penyoalan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah:
i. Untuk mengesan pengetahuan berbahasa pelajar.
ii. Untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan juga kritis.
iii. Untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar.
Prinsip-Prinsip Panduan Penyoalan
Bagi memastikan kelancaran pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, guru perlulah menyediakan soalan-soalan yang dapat mengasah pemikiran kreatif di kalangan pelajar. Berikut ini merupakan ciri-ciri teknik penyoalan yang sesuai digunakan bagi memungkinkan kejayaan teknik ini dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
1.Soalan-soalan yang hendak dikemukakan hendaklah dirancang dan teratur.
2. Soalan-soalan hendaklah bersesuaian dengan peringkat kebolehan pelajar.
3. Aras soalan hendaklah tidak terlalu senang dan tidak pula terlalu sukar.
4. Perkataan atau istilah yang hendak digunakan haruslah boleh difahami oleh pelajar.
5. Beri masa kepada pelajar untuk memikirkan jawapan.
6. Kemukakan soalan kepada seluruh kelas dan elakkan daripada tujukan kepada murid yang tertentu sahaja.
7. Kemukakan soalan terlebih dahulu sebelum menentukan nama murid.
8. Bentuk soalan hendaklah berubah-ubah untuk menarik perhatian murid.
9. Tentukan bahawa soalan itu dapat didengar dengan jelas oleh pelajar seluruh kelas.
10. Soalan yang dibentuk harus mampu mendorong pelajar untuk berfikir.
11. Elakkan soalan yang mengandungi jawapan di dalamnya.
12. Soalan hendaklah ringkas dan jelas.

Saturday, October 15, 2011

Pengajaran Mikro

Pengertian Pengajaran Mikro

Pengajaran mikro adalah pengajaran dalam skala kecil, iaitu dilakukan dengan jalan menyederhanakan komponen-komponen dalam ruang lingkup pembelajaran yang ada, sehingga calon guru dapat menguasai satu per satu ketrampilan mengajar dalam situasi mengajar yang disederhanakan itu. Pengajaran mikro juga dapat diertikan sebagai cara untuk belajar mengajar, kerana dalam pengajaran mikro ini, calon guru dilatih untuk dapat melaksanakan pengajaran.
Untuk lebih dapat memahami pengajaran mikro, maka dapat dilihat ciri-ciri pengajaran mikro adalah sebagai berikut:

Ø  Dilaksanakan dalam skala kecil atau terbatas, mulai dari jumlah siswa, waktu pengajaran, bahan yang diajarkan, dan keterampilan mengajar yang dilaksanakan.
Ø  Pengajaran mikro dilakukan bersama teman sejawat, dimana salah satu menjadi guru dan yang lainnya menjadi peserta didik.
Ø  Pengajaran mikro adalah pengajaran yang sebenarnya. Calon guru harus membuat persiapan pembelajaran, rancangan pembelajaran, melaksanakan pembelajaran sesuai dengan rancangan pembelajaran yang telah dibuat, mengelola kelas dan menyiapkan peringkat pembelajaran lainnya yang dapat mendukung proses belajar dan mengajar.
Ø  Pengajaran mikro pada hakikatnya juga merupakan belajar yang sebenarnya, dimana calon guru akan belajar bagaimana melakukan pembelajaran. Sedangkan teman yang jadi siswa akan dapat merasakan bagaimana proses mengajar yang dilakukan oleh temannya dan dapat mengoreksinya.

 Rasional Pentingnya Pengajaran Mikro

Profesion guru sebagai tenaga pendidik, bukanlah profesion yang dimiliki oleh seseorang dengan begitu saja. Tugas guru sebagai pendidik juga tidak dapat dilakukan dengan begitu saja, kerana guru dituntut untuk memiliki kemampuan mengajar yang sesungguhnya, iaitu diawali dengan penguasaan terhadap keterampilan dasar mengajar dan mampu menerapkannya dalam pembelajaran, sehingga tujuan pembelajaran dapat tercapai secara optima, efektif, dan efisien.

Dalam menghadapi para murid saat di kelas, guru tidaklah dibantu oleh pihak manapun, melainkan sendirian dalam mengelola dan menyampaikan pengajaran. Jika tidak dibiasakan, keberanian guru dalam menghadapi para siswa pun adakalanya akan tidak tampak, dan menghambat terjadinya proses pembelajaran. Sehingga calon guru memerlukan latihan mengajar agar terbiasa menghadapi para siswa kemudiannya di kelas. Selain itu mengajar adalah masalah yang cukup kompleks atau rumit. Setiap masalah berbeza ditemukan dalam setiap pertemuan, sedangkan untuk memecahkannya, membutuhkan beberapa pertemuan selanjutnya. Untuk dapat mengatasi masalah yang terjadi sebenarnya dalam pembelajaran, calon guru harus dapat menemukan masalah dalam pembelajaran dan mengetahui jalan keluarnya. Untuk itulah, pembelajaran mikro diadakan, dengan harapan utamanya adalah dapat memberikan bekal dan pengalaman bagi calon guru sebelum diterjunkan pada pembelajaran yang sebenarnya di sekolah.


Tujuan dan Manfaat Pengajaran Mikro

Tujuan umum pengajaran mikro adalah mempersiapkan mahasiswa calon guru untuk menghadapi pekerjaan mengajar sepenuhnya di muka kelas dengan memiliki pengetahuan, keterampilan, percakapan dan sikap sebagai guru yang professional.

Adapun tujuan khusus pengajaran mikro sebagai berikut :
Ø  Menganalisis tingkah laku mengajar kawan sejawat dan dirinya sendiri.
Ø  Mempraktikkan berbagai teknik mengajar dengan benar dan tepat.
Ø  Mewujudkan situasi belajar-mengajar yang efektif dan efisien.
Sedangkan manfaat pengajaran mikro bagi calon guru diantaranya adalah sebagai berikut:
Ø  Mendapatkan pengalaman mengajar yang nyata dan latihan sejumlah keterampilan dasar mengajar secara terpisah.
Ø  Dapat mengembangkan keterampilan dasar mengajar sebelum terjun ke kelas yang sebenarnya.
Ø  Memberikan kemungkinan untuk mendapatkan berbagai macam keterampilan dasar mengajar lain serta memahami kapan dan bagaimana keterampilan itu diterapkan. 




Monday, October 10, 2011

MY LESSONS

Today is a wonderful day!  Pupils are active and responsive.